Salam Ramadan 1439H


Assalamualaikum wbt...lebih kurang 5 hari lagi kita dijangka akan bertemu Ramadan 1439H..Setelah setahun dia meninggalkan kita, inshaAllah jika kita diberikan rezeki dan umur yang panjang, dapatlah kita bertemu dengannya sekali lagi..

Justeru, disaat kita nak menghampiri Ramadan kali ini, persoalannya, adakah kita dah mempersiapkan diri kita menghadapi Ramadan itu...adakah kita dah bersedia dengan ilmu-ilmu yang cukup untuk menghadapi ibadah puasa di bulan Ramadan itu...persiapan dari segi mental, jasmani dan rohani amat perlu dalam menghadapi ibadah puasa...janganlah kita menjadi golongan yang dikategorikan sebagai golongan yang hanya memperolehi lapar dan dahaga sahaja disiang hari..

Carilah ilmu dan persiapan diri melalui guru-guru dan ustaz-ustaz yang berkelayakan..

Sekadar mencari redha ilahi..

Di kesempatan ini, kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan Selamat menjalani ibadah puasa...

Comments

Popular Posts